Solana (SOL) Terus Ditimpa Malang

348

Solana (SOL), salah satu mata wang kripto terbesar selepas Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH), menjunam lebih 12% pada hari Rabu susulan laporan rangkaian blockchainnya mengalami gangguan lagi.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila pengesah dalam rangkaian tidak memproses blok baharu selama beberapa jam sehingga menyebabkan aplikasi yang dibina pada blok Solana di luar talian.

Insiden tersebut telah disahkan oleh akaun twitter @SolanaStatus yang telah menasihatkan pengesah pada blockchainnya untuk memulakan semula, dengan mengikut arahan yang dipautkan olehnya.

Gangguan itu adalah yang kedua dalam sebulan untuk Solana, yang sering mempromosikan dirinya sebagai rangkaian berprestasi tinggi yang bertujuan untuk menyelesaikan transaksi pantas dan menyaingi rangkaian Ethereum.

Ia sebelum ini mengalami gangguan yang sama pada 1 Mei, menyebabkan rangkaiannya terputus selama kira-kira tujuh jam.

Ketika penulisan, Solana diperdagangkan pada sekitar harga $39 setelah mencatatkan kerugian 2% pada hari ini.

Penurunan ini turut menyusuli kemerosotan dalam Bitcoin yang kembali tergelincir dengan didagangkan pada $29,800.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat