Solarvest Bakal Bangunkan Ladang Solar, Terima Kontrak RM66 Juta

454

Unit Solarvest Holdings Bhd, Atlantic Blue Sdn Bhd telah menerima sebuah kontrak yang bernilai RM66 juta daripada Grooveland Sdn Bhd.

Pemerolehan kontrak tersebut akan menjadikan syarikat itu sebagai kontraktor utama kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi pembangunan loji fotovolta solar berskala besar 17.36MW di Perak.

Menerusi makluman yang dikeluarkan, kontrak yang diperoleh bakal memberi impak positif kepada aset bersih dan pendapatan sesaham Solarvest dan kumpulan syarikat bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2022.

Tempahan EPCC Solarvest baharu yang diterima daripada program LSS atau Mentari melonjak sekitar RM196 juta dan mendorong peningkatan jumlah perolehan nilai kontrak yang masih tidak dibilkan ke paras tinggi sehingga mencapai RM400 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest, Davis Chong Chun Shiong mengatakan aliran pelaburan untuk projek solar semakin hangat dengan dorongan untuk ekonomi kitaran dan rantaian nilai hijau memacu pemain industri tempatan beralih kepada tenaga boleh diperbaharui.

Kini, lebih banyak pemain utama industri tenaga yang tidak dapat diperbaharui seperti minyak dan gas mula tertarik untuk menyalurkan perbelanjaan bagi pengembangan mereka ke sektor pertumbuhan ini.

Secara tidak langsung, ia membantu industri solar di Malaysia menerima daya tarikan daripada pelabur asing kerana Asia Tenggara kini akan menjadi rantai pertumbuhan utama seterusnya.

Chong menambah bahawa prospek Solarvest di luar Malaysia dilihat terus menerima impak positif disebalik usaha untuk meneroka pasaran luar negara seperti Taiwan dan Filipina yang akan memasuki peringkat seterusnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat