Sony Beli ‘Gudang’ Anime Crunchyroll Pada Harga $1.175 Bilion!

340

Sony Corp dilaporkan akan membeli perniagaan animasi Crunchyroll milik oleh AT&T Inc pada harga $1.175 bilion (RM4.773 bilion), bertujuan untuk meluaskan lagi perniagaan termasuk kandungan hiburan.

AT&T dan Sony bersetuju untuk membuat urusan peralihan pemilikan itu secara tunai.

Perjanjian itu akan memberi Sony akses tiga juta pelanggan berbayar Crunchyroll dari lebih 200 negara dan daerah. Secara tidak langsung pembelian ini dapat membantu Sony untuk bersaing secara global dengan pesaing besar seperti Netflix.

Ketika ini Sony memiliki Funimation Global Group, pengedar rancangan animasi di Amerika Syarikat (AS) dengan satu juta pelanggan berbayar. Funimation dibeli pada 2017 dengan nilai sekitar $143 juta.

Pembelian Crunchyroll oleh Sony turut akan membuka peluang kepada AT&T untuk membuat pelaburan luar daripada WarnerMedia, termasuk pembuatan kandungan dan permainan.

Di bawah pentadbiran CEO Kenichiro Yoshida, Sony sedang melipatgandakan perniagaan permainan dan hiburan untuk meningkatkan lagi pendapatan bagi menampung impak penjualan peranti yang tidak memberangsangkan.

Perniagaan animasi mula menjadi tumpuan industri selepas filem animasi Jepun, Demon Slayer berjaya memecah rekod tayangan, salah satu usaha pengedar bersama unit muzik Sony, Aniplex.

Nilai saham Sony melonjak 0.81%, ditutup pada $94.13.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat