Sony Nak Sailang Tesla?! Perang Teknologi Bakal Tercetus

1,762

Akan ada Elon Musk Asia pulak ke lepas ni?

Sony Group Corp Japan telah melancarkan Sony Mobility Inc dalam usaha mereka menceburi bidang kereta elektrik (EV).

Menurut pengerusi dan president Sony, Kenichiro Yoshida, Sony Mobility Inc akan dilancarkan pada musim bunga tahun ini bagi mengkaji pasaran EV dan memanfaatkan kekuatan mereka dalam bidang hiburan untuk memainkan peranan yang besar dalam mobiliti generasi akan datang.

Kenichiro Yoshida yang menghadiri pameran perdagangan teknologi CES telah memperkenalkan prototaip kenderaan utiliti sukan (SUV), VISION-S02 yang menggunakan platform EV yang sama seperti coupe VISION-S 01 yang pernah diumumkan sebelum ini pada Disember 2020 di Eropah.

Ekoran daripada pelancaran tersebut, saham Sony di Tokyo melonjak 24%, mengatasi indeks Nikkei.

Kedudukan Sony sebagai peneraju utama elektrik pengguna menerima saing besar oleh Samsung Electronics Co Korea Selatan namun Sony dilihat masih memiliki senjata rahsia teknologi seperti penderia kritikal kepada pemanduan autonomi.

Selain itu, Sony turut kekal sebagai salah satu syarikat hiburan terbesar dunia yang mendominasi permainan video, francais filem terkemuka dan sistem audio.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat