Sorry AS! Nampaknya Jepun Lebih Selesa Bersama China

356

Jepun telah memaklumkan kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa Tokyo tidak akan menyertai rancangan Washington untuk menyekat firma China dari rangkaian telekomunikasi.

Tidak pasti sama ada negara itu mempunyai agenda tersendiri atau lebih selesa untuk kekal berurusan dengan China, tetapi Jepun menjelaskan akan mengambil langkah berjaga-jaga jika terancam.

Rancangan tersebut kali pertama diusulkan oleh Setiausaha AS, Mike Pompeo kepada Menteri Luar Negara Jepun, Toshimitsu Motegi di Tokyo pada awal bulan ini.

Undangan tersebut terpaksa ditolak memandangkan rancangan itu melibatkan China.

Sedia maklum, AS berusaha untuk ‘cuci tangan’ dari China melalui rancangan Clean Network dengan tujuan menyingkirkan mana-mana syarikat telekom, firma cloud service, dan aplikasi telefon pintar yang berkaitan dengan musuhnya itu.

Ini termasuklah penyingkiran Huawei dari AS dan negara-negara sekutunya.

Penolakan tersebut tidak membawa maksud persepsi Jepun terhadap Clean Network berubah. Sebaliknya, negara matahari terbit itu tidak akan teragak-agak menyertai mereka jika terdapat sebarang perubahan perancangan AS.

Jurucakap kerajaan, Katsunobu Kato menjelaskan mereka akan tetap mengukuhkan hubungan dengan AS lagi-lagi jika melibatkan sektor keselamatan siber.

Jepun akan memastikan keselamatan siber terjamin, termasuk mencari inisiatif bagi mengurangkan risiko rantaian bekalan ketika membeli peralatan komunikasi dan maklumat.

Anda mungkin juga berminat