Space X Crew Dragon: Roket Pertama AS Bawa Angkasawan NASA Sejak 2011!

290

Umum mengetahui bahawa Space X merupakan syarikat roket persendirian yang dimiliki oleh Elon Musk yang kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Tesla. Pada Sabtu yang lalu, Space X telah pun dilancarkan secara rasmi oleh jutawan terkemuka dunia itu di Florida, Amerika Syarikat. Lebih mengejutkan, setelah hampir 24 jam pelancarannya, Space X Crew Dragon menghantar 2 orang angkasawan NASA iaitu Bob Behnken dan Doug Hurley  ke Stesen Angkasa Antarabangsa sekaligus menjadikannya roket pertama Amerika Syarikat yang berbuat demikian sejak 2011.

Menurut ketua pentadbir NASA, Jim Bridenstine, seluruh dunia amat berbangga dengan pencapaian negara kuasa besar itu serta menjadi inspirasi buat semua negara.

Selain itu, pelancaran Space X itu menerima pujian daripada pihak NASA. Hal ini demikian kerana ianya boleh digunakan semula serta menjimatkan kos. Oleh itu, penerbangan ke angkasa boleh dilakukan dengan kerap. Bukan itu sahaja! Ianya juga menjadi kenderaan ruang angkasa pertama yang dibangunkan secara komersial serta dimiliki oleh entiti swasta dan bukannya NASA yang telah berjaya membawa rakyat Amerika Syarikat ke orbit.

Tambahan daripada itu, Bob Behnken dan Doug Hurley mendedahkan bahawa Space X mempunyai aliran udara yang sangat baik serta membolehkan mereka untuk tidur lena sepanjang perjalanan ke angkasa yang memakan masa selama 19 jam.

Untuk pengetahuan semua, Roket Space X Falcon 9 merupakan roket terakhir yang membawa angkasawan NASA ke stesen angkasa pada 2011. Sejak itu, angkasawan NASA terpaksa melakukan perjalanan ke orbit dengan menggunakan kapal angkasa Soyuz milik Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat