SpaceX Milik Elon Musk Kumpul Dana Sehingga $337 Juta Untuk Apa?

686

Pergh, nak buat roket baru ke?

Syarikat roket milik jutawan Elon Musk, SpaceX, telah mengumpul pembiayaan ekuiti sebanyak US$337.4 juta.

Menurut sumber dari CNBC, SpaceX telah mencecah US$100 bilion dalam penilaian hasil penjualan saham sekunder pada bulan Oktober dan mengumpul sebanyak US$1.16 bilion dalam pembiayaan ekuiti pada April.

Umum mengetahui persaingan pelancaran roket ke angkasa semakin rancak dengan bekas ketua eksekutif Amazon, Jeff Bezos telah melancarkan roket Blue Origin dan jutawan Richard Branson yang melancarkan roket komersial Virgin Galactic.

Sumber dari Morgan Stanley pernah menyatakan ekonomi angkasa mungkin bernilai US$ 1 trilion menjelang 2040 dan Musk pula menyatakan roket SpaceX, Starship akan mendarat di Marikh sebelum 2030.

Setakat ini, SpaceX telah melancarkan banyak muatan kargo dan angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa untuk National Auronautics Space Administration (NASA).

Dalam pada itu, satelit milik Musk pernah mendapat kecaman di China kerana hampir menyebabkan perlanggaran.

Nak tahu pasal perang roket antara Elon Musk dan Jeff Bezos? Kalau dulu orang nak jajah negara tapi 2 orang billionnaire ni jajah angkasa! Siapa menang agak-agak? Tonton video dibawah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat