Spekulasi Pasaran Terhadap Laporan EIA, Harga Minyak Jatuh Menjunam

139

Harga minyak terus jatuh menjunam berikutan spekulasi terhadap data inventori minyak mentah U.S yang dijangka akan menunjukkan peningkatan yang besar.

Data rasmi laporan minyak oleh Energy Information Administration (EIA) akan dikeluarkan pada hari Rabu bagi minggu yang berakhir pada 10 November.

Berdasarkan laporan American Petroleum Institute (API), inventori minyak U.S meningkat sebanyak 6.5 juta tong pada minggu lepas berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan kejatuhan sebanyak 2.2 juta tong.

Laporan API juga menunjukkan inventori minyak gasoline meningkat sebanyak 2.3 juta tong, manakala inventori minyak penyulingan jatuh sebanyak 2.5 juta tong.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.95% kepada $55.17 setakat jam 5.35 petang. Harga semasa kini bergerak di bawah paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London kini berada di sekitar $61.64 setong iaitu jatuh sebanyak 0.92% setakat jam 5.35 petang. Harga kini tersasar daripada harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.

Harga minyak jatuh hampir 2% pada hari Selasa selepas International Energy Agency (IEA) meramalkan bahawa akan dapat peningkatan dalam minyak syal menyebabkan pasaran semakin sangsi bahawa pasaran minyak sedang mengetat.

Kenyataan IEA berbeza dengan Organisasi Negera Pengeksport Petroleum (OPEC) yang menyatakan bahawa pasaran minyak akan menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dalam permintaan.

Pengeluaran minyak U.S meningkat sebanyak 14% sejak pertengahan 2016 kepada 9.62 juta tong. Data rasmi laporan minyak oleh Energy Information Administration (EIA) akan dikeluarkan pada hari Rabu.

Walaupun dengan sentimen yang berlaku, harga minyak dijangka masih akan lagi berada kukuh berikutan usaha OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018.

OPEC dan non-OPEC juga dijangka akan memutuskan pelanjutan pemotongan pada 30 November dalam usaha untuk menolak harga ke paras yang lebih stabil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat