Spekulasi Zimbabwe Jadikan BTC Tender Sah Akhirnya Terjawab!

1,098

Spekulasi mengenai Zimbabwe sebagai negara kedua selepas El Salvador yang membenarkan Bitcoin (BTC) sebagai tender yang sah akhirnya berakhir. Pada hari Selasa semalam, terdapat laporan yang menyatakan pengesahan bahawa kerajaan negara Zimbabwe sedang berunding dengan pasaran swasta untuk mengimplimentasikan perkhidmatan pembayaran kripto secara sah.

Perkara ini telah menimbulkan teka teki dan kerisauan dalam kalangan masyarakat. Bagi mengelak perkara yang tidak diingini, kerajaan Zimbabwe menafikan semua laporan sedemikian yang mendakwa negara itu akan menghalalkan kripto sebagai tender yang sah. Kerajaan menjelaskan bahawa dolar Zimbabwe akan kekal sebagai satu-satunya mata wang sah di negara itu.

Menteri Penerangan, Publisiti dan Perkhidmatan Penyiaran, Monica Mutsvangwa selepas sidang parlimen pada hari Selasa mengeluarkan kenyataan dengan berkata,

“Kerajaan ingin memberi jaminan kepada negara bahawa mereka tidak mempertimbangkan untuk memperkenalkan mata wang lain dalam ekonomi seperti yang dilaporkan sebahagian media. Mata wang tempatan kami ialah dolar Zimbabwe, dan bukan aset kripto. Walaubagaimanapun, buat masa ini Kerajaan Zimbabwe, melalui Kumpulan Teknologi Kewangannya, sedang mengkaji kripto Bank Pusat berbanding aset kripto, bitcoin atau sebarang bentuk derivatif,”.

Spekulasi mengenai membenarkan aset kripto bermula dengan menteri kewangan negara mencadangkan bahawa mereka tidak boleh mengabaikan pasaran yang sedang hangat diperkatakan.

Menteri Kewangan dan Pembangunan Ekonomi Mthuli Ncube dalam temu bual sebelum ini menyebut bahawa aset kripto boleh dikawal sebagai kelas aset namun tidak sebagai tender yang sah. Beliau menyebut bahawa perbendaharaan negara tidak melihat apa-apa yang salah dengan meneroka kes penggunaan aset kripto yang berbeza dalam pasaran kewangan semasa.

Dengan kata lain, Zimbabwe lebih berminat untuk menjadaikan ia sebagai alternatif pembayaran namun dalam kelas aset.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat