Sri Lanka Bagai Telur Di Hujung Tanduk

558

Sri Lanka ‘bankrap’ dan krisis ekonomi terburuk ini dijangka berterusan sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun depan, kata Perdana Menteri Ranil Wikremesinghe kepada ahli parlimen pada Selasa.

Wickremesinghe memberitahu penggubal undang-undang bahawa rundingan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk memulihkan ekonomi negara yang ‘runtuh’ adalah sukar kerana mereka menyertai perbincangan tersebut sebagai sebuah negara yang muflis.

Oleh disebabkan itu, Sri Lanka perlu mengemukakan pelan kemampanan hutang kepada IMF secara berasingan.

Mereka hanya akan dapat mencapai persetujuan sekiranya organisasi kewangan dunia itu berpuas hati dengan rancangan tersebut.

Sri Lanka mengalami krisis kewangan terburuk dalam tujuh dekad selepas rizab pertukaran asingnya menjunam ke paras terendah menyebabkan kerajaan kehabisan mata wang asing untuk mengimport barangan keperluan termasuk makanan, ubat-ubatan dan bahan api.

Sekolah telah ditutup dan bahan api pula dihadkan kepada perkhidmatan penting mengakibat kan ratusan orang di bandar utama perlu beratur sehingga berjam-jam untuk membeli minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat