Sri Lanka Mahu Sertai Kripto, Lancarkan Dua Rancangan Pertama!

329

Sri Lanka telah menubuhkan badan berlesen bagi tujuan pemantauan teknologi lejar diedarkan (DLT) dan penerapan perlombongan kripto di negara itu.

Tidak cukup dengan itu, badan tersebut bertanggungjawab membina infrastruktur bagi perlaksanaan yang dicadangkan selepas penelitian polisi yang diterima oleh pasaran luar, termasuk menilai polisi berkaitan Anti-penyelewengan wang (AML) dan keganasan kewangan oleh negara lain untuk diterapkan di negara itu.

Ketua Pengarah Informasi Kerajaan, Mohan Samaranayake mendedahkan pihak berkuasa Sri Lanka bersedia untuk menerima kripto pada peringkat global sebagai usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan ke dalam sektor kripto dan DLT negara.

Jelas Samaranayake lagi, kajian akan dilakukan oleh badan yang ditubuhkan, melibatkan polisi dan projek daripada Dubai, Malaysia, dan beberapa negara lain mengikut kesesuaian infrastruktur Sri Lanka.

Langkah yang diambil ternyata berbeza dengan kenyataan bank pusat Sri Lanka pada April. Ketika itu, institusi tersebut menekankan matawang kripto memberi impak negatif lagi-lagi dengan ketiadaan polisi ketat.

Sementara itu, rekod transaksi di beberapa negara Asia mencatatkan peningkatan sebanyak 706% bagi tempoh Julai 2020 sehingga Jun 2021.

Chainalysis mendapati pelabur Asia melabur lebih daripada $570 bilion dalam matawang kripto bagi tempoh yang sama, merangkumi 14% daripada jumlah transaksi seluruh dunia.

Pemerhatian tersebut mendapati India mencatatkan rekod transaksi tertinggi setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat