Stablecoin Bakal Diintegrasikan Dalam Sistem Kewangan? Bank Pusat Ini Komited Merealisasikannya!

990

Bank pusat Hong Kong, iaitu Hong Kong Monetary Authority (HKMA) sedang dalam proses untuk mengubal rang undang-undang yang dapat mengawal selia stablecoin dengan betul. HKMA berpandangan bahawa walaupun stablecoin masih menimbulkan risiko kepada kestabilan kewangan namun ia memiliki potensi untuk diintegrasikan dalam pasaran kewangan.

Dalam kertas penyelidikan yang dikeluarkan HKMA, bank pusat telah dalam proses mendapatkan perundingan awam mengenai pengawalseliaan kripto. Kertas tersebut menggariskan pemikiran HKMA dalam menggubal peraturan kripto. Dalam kertas kajian itu, HKMA menggariskan bahawa ia menganggap kelas aset menimbulkan risiko yang semakin meningkat kepada kestabilan kewangan di negara ini disebabkan oleh pertumbuhan pesat.

HKMA menegeaskan bahawa stablecoin sedang menjadi topik hangat sehingga sering diperkatakan di seluruh dunia dan atas dasar itu mereka mencadangkan untuk memperkenalkan peraturan yang boleh melesenkan dan menyelia aktiviti stablecoin. Kertas  kajian itu menambah bahawa pendekatan yang dicadangkan itu telah mengambil kira syor antarabangsa, pasaran dan landskap kawal selia di dalam negara dan dalam bidang kuasa utama lain termasuk ciri-ciri stablecoin yang berkaitan pembayaran.

Perkembangan pesat aset kripto, terutamanya stablecoin, merupakan topik yang diberi perhatian serius dalam komuniti kawal selia antarabangsa kerana ia dapat mendatangkan risiko berkaitan kestabilan monetari dan kewangan, kata Ketua Eksekutif HKMA Eddie Yue dalam kenyataan itu.

Namun disisi lain, stablecoin mempunyai potensi untuk menjadi suatu sarana yang boleh diterima umum untuk membuat pembayaran. -kata kawal selia. Pengumuman ini dibuat sejurus selepas bank pusat mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan mata wang digitalnya sendiri, e-HKD, untuk kegunaan runcit..

Kebanyakkan para peneliti cenderung berpendapat bahawa stablecoin sepatutnya disokong satu sama lain oleh mata wang fiat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat