Starbucks Umum Keluar Rusia, Tiada Lagi Kopi Startbucks Buat Moscow!

237

Sudah 15 tahun sejak kedai kopi popular dunia, Starbucks bertapak di Rusia, kini segala-galanya berakhir apabila secara rasmi syarikat tersebut meninggalkan negara itu. Dengan ini, Starbucks akan menyertai syarikat seperti McDonald’s, Exxon Mobil dan British American Tobacco dalam menarik diri sepenuhnya dari negara itu.

Syarikat kopi gergasi tersebut pada hari ini mengumumkan pada bahawa mereka tidak lagi akan beroperasi di Rusia. Starbucks mempunyai 130 lokasi di negara Rusia, dimana ia menyumbang kurang daripada 1% daripada hasil tahunan syarikat.

Starbucks berkata ia akan membayar hampir 2,000 pekerja Rusianya selama enam bulan dan membantu mereka beralih kepada peluang baharu di luar rangkaian kopi.

Beberapa golongan pihak telah menekan syarikat Barat seperti Starbucks untuk memutuskan hubungan dengan Rusia untuk menunjukkan penentangan terhadap perang antara Rusia dan Ukraine. Walaubagaimanapun, penarikan pelesenan ini memerlukan masa. Starbucks telah menggantung semua aktiviti perniagaan dengan negara itu sejak 8 Mac.

Dalam keputusan suku tahunan terbaru yang dikeluarkan pada awal Mei, syarikat itu memilih untuk tidak mendedahkan lagi kesan kewangan kesan daripada penggantungan operasi perniagaan. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kevin Johnson telah berjanji untuk menderma royalti yang diperoleh daripada perniagaan Rusia untuk tujuan kemanusiaan.

Sebelum ini, restoran makanan segera popular Amerika Syarikat (AS), McDonald’s bertapak di Rusia juga mengumumkan pengunduran setelah 30 tahun beroperasi di Rusia.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat