‘Stay Tuned’ Trader GBP! Rishi Sunak Bakal Umum Sesuatu Hari Ini

668

Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak akan mengumumkan pelan sokongan baru untuk membantu perniagaan yang terpaksa ditutup di bawah sekatan coronavirus baru yang mungkin akan dilaksanakan.

Perbendaharaan UK dalam satu kenyataan terbaru memberitahu bahawa Rishi Sunak akan menetapkan skim sokongan pekerjaan pada hari ini.

Langkah ini dikatakan akan melindungi pekerjaan dan menyediakan jaringan keselamatan bagi perniagaan yang mungkin perlu ditutup dalam beberapa minggu atau bulan akan datang.

Pelan ini adalah antara satu usaha oleh kerajaan UK untuk membantu ekonomi negara yang terus bergelut untuk pulih daripada kejatuhan terbesar pada April.

Sebelum ini dilaporkan bahawa ekonomi UK berkembang lebih perlahan daripada yang dijangkakan pada bulan Ogos iaitu dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 2.1% daripada 6.4% pada bulan sebelumnya.

Melalui rancangan tersebut, kerajaan berkemungkinan akan membayar dua pertiga daripada gaji pekerja di syarikat yang terjejas oleh peraturan baru, di mana ia mungkin melibatkan penutupan bar dan restoran di ‘kawasan panas’ Covid-19 di England

Matawang pound diniagakan susut pada awal pembukaan sesi Eropah, namun kekal menguat di atas paras harga $1.2900 disokong oleh kemerosotan dagangan US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat