Steady! Ethereum Kekal Pamerkan Prestasi Padu Atasi Bitcoin!

745

Sesi dagangan bulan Ogos, Ethereum (ETH) tampaknya menunjukkan reputasi yang baik dalam pasaran, semakin hari semakin menampilkan peningkatan yang menarik perhatian para pelabur.

Ethereum mengatasi Bitcoin dengan menghasilkan 31% lonjakan pada sesi dagangan bulan Ogos, mencatatkan paras tertinggi $3,189 mengakhiri sesi dagangan semalam.

Faktor penyumbang yang paling penting di sebalik kenaikan itu ialah hard fork London yang bermula dengan EIP-1599.

Ethereum telah membakar beberapa kos transaksi, pemacu terbesar semasa yang menjana pembakaran adalah OpenSea, pasaran NFT terkemuka.

Pasaran NFT juga telah menghangatkan pasaran sejak kebelakangan ini, Ethereum merupakan sebahagian besar bagi NFT dan ETH biasanya digunakan sebagai matawang untuk membayar aset.

Seterusnya, teliti carta pergerakan semasa harga ETH/USDT.

Sewaktu artikel analisa dikeluarkan pada penghujung bulan Julai, ETH didagangkan sekitar harga $2,176, secara konsistennya telah menghasilkan lebih 40% lonjakan secara drastik.

Pandangan sudut teknikal, setelah ETH mencatatkan paras tertinggi terbaru, harga gagal untuk mengekalkan kenaikan secara konsisten dan sedang menunjukkan pergerakan harga yang lemah.

ETH kini sedang berlegar-legar diatas paras RBS (resistance become support) sekitar $2,860 samada membuat correction atau bakal meneruskan kenaikan.

Untuk jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga menyaksikan trend kenaikan, paras resistance sekitar $3,100 bakal diuji kembali sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi atau membuat paras tertinggi terbaru.

Kenaikan lebih tinggi bakal berlaku jika sentimen semasa terus memihak kepada Ethereum dalam pasaran.

Namun, jika pergerakan harga kekal dengan trend penurunan, paras RBS (resistance become support) sekitar $2,860 bakal diuji terlebih dahulu samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Ketika penulisan, Ethereum didagangkan sekitar harga $2,933 susut lebih 6% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto ETH/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat