Stellar Blockchain Tulang Belakang Kewangan Ukraine!

158

Yayasan Pembangunan Stellar (SDF) berjaya memeterai perjanjian bersama United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) untuk menghantar sejumlah wang kepada rakyat Ukraine melalui sistem pengeluaran tunai digital yang dikuasakan oleh Stellar*.

*Teknologi pembayaran sumber terbuka yang berkongsi beberapa persamaan dengan Ripple

Umumnya, UNHCR merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berperanan untuk melindungi pelarian yang dipindahkan atas sebab penganiayaan ataupun konflik politik.

Berbalik kepada penerangan asal, Stellar akan membantu PBB melalui projek pilot “Stellar Aid Assist” yang telah bekerjasama dengan Circle, MoneyGram International dan aplikasi wallet Vibrant untuk membekalkan bantuan kewangan kepada Ukraine.

PBB yang disokong oleh Stellar dan Vibrant pula mampu menghantar wang tersebut dengan lebih pantas dan mudah susulan infrastruktur perbankan Ukraine buat masa ini sedang berada dalam penderitaan berikutan kesan perang Rusia-Ukraine.

Sementara perkongsiannya bersama MoneyGram dapat membenarkan rakyat Ukraine yang berhasrat menukar stablecoin masing-masing kepada fiat walaupun mereka tidak mempunyai sebarang akaun bank, kad kredit atau debit.

Antara manfaat yang akan diperolehi jika menggunakan Stellar Aid Assist adalah mencegah kecurian atau pengalihan dana dan tidak dilupakan juga proses penghantaran wang akan dijejaki serta merta.

Menurut David Miliband, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC) menyatakan bahawa perkongsiannya bersama Stellar adalah kaedah baharu untuk benarkan rakyat Ukraine menerima bantuan tunai dengan memanfaatkan teknologi blockchain.

Mengecap pula daripada Denelle Dixon, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif SDF berbesar hati dapat bekerjasama dengan IRC untuk membantu rakyat Ukraine melalui Stellar Aid Assist.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat