Steven Mnuchin Beri Petunjuk Perjanjian Perdagangan Fasa Dua Dengan China!

0 299

Setiausaha Kewangan, Steven Mnuchin mengeluarkan kenyataan pada hari Rabu bahawa perjanjian perdagangan “Fasa Kedua” dengan China pada masa hadapan akan merangkumi pengurangan tarif A.S ke atas barangan yang dibeli dari China walaupun pusingan kedua rundingan tersebut sendiri akan terdiri daripada beberapa rundingan.

Kata Mnuchin, “dalam perjanjian perdagangan fasa kedua ini akan terdapat beberapa penarikan dan dalam masa yang akan ada penambahan halangan. Tambah beliau perjanjian perdagangan fasa kedua ini mungkin terdiri daripada beberapa fasa iaitu seperti Fasa 2A, Fasa 2B, Fasa 2C.”

Langkah pertama bagi perjanjian seterusnya ialah dengan memberi tumpuan pada penguatkuasaan dan hal ini akan beri insentif kepada China untuk berunding mengenai isu-isu yang belum dapat diselesaikan.

Pada hari ini para perunding Amerika dan perunding China dijangka menandatangani perjanjian “Fasa Satu” yang merangkumi perjanjian oleh China untuk membeli kira-kira $ 200 bilion barangan A.S. dalam tempoh dua tahun. Komponen pembelian itu adalah kira-kira $ 80 bilion dalam barangan pembuatan, $ 53 bilion dalam tenaga, $ 32 bilion dalam pertanian dan $ 35 bilion dalam perkhidmatan.

Dalam masa yang sama turut dijangka perjanjian fasa satu ini akan mengurangkan halangan bagi syarikat-syarikat A.S yang ingin berniaga di China dan isu pertukaran teknologi.

Pertikaian antara dua ekonomi terbesar di dunia telah mengakibatkan kerugian berbillion dolar dan memaksa syarikat-syarikat Amerika yang utama mengalihkan rantaian bekala ke tempat lain. Para petani khususnya adalah sektor yang paling terkesan akibat perang perdagangan selepas China mula membeli kacang soya dan komoditi pertanian lain dari Brazil dan negara-negara Amerika Selatan yang lain.

Anda mungkin juga berminat