Steven Mnuchin Percaya Bahawa Ekonomi AS Mampu Berkembang Sehingga 3 Peratus!

47

Menurut satu salinan teks ucapan kepada Reuters, Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin akan memberitahu Senat pada Khamis bahawa ekonomi AS mempunyai peluang untuk berkembang sebanyak 3 peratus atau lebih jika pembaharuan dan pengawalseliaan cukai digubal.

Dalam keterangannya di hadapan Jawatankuasa Senat mengenai Perbankan, Perumahan dan Hal Ehwal Bandar, Mnuchin dijangka mengatakan bahawa pentadbiran Trump mahu mengurangkan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan bank komuniti.

Dalam masa yang sama, kebanyakan ahli ekonomi percaya bahawa ekonomi AS perlu bekerja keras untuk berkembang lebih daripada 2 peratus setahun kerana halangan demografi dan pertumbuhan produktiviti bagi jangka panjang.

Pentadbiran Trump kini berdepan dengan agenda ekonomi yang agak perlahan kerana berdepan dengan siasatan oleh peguam khas terhadap dakwaan pakatan sulit yang melibatkan Presiden Donald Trump dan Russia.

Mnuchin bagaimanapun tidak menyatakan apa apa maklumat mengenai agenda semasa kerajaan.

Pasaran kewangan dan matawang Greenback mula melonjak mendadak selepas pilihanraya Presiden AS kerana jangkaan pertumbuhan ekonomi melalui kesemua agenda Trump. Namun begitu, kekacauan politik yang berlaku sejak akhir-akhir ini telah menghantar US Dollar kembali menjunam.

Pound Naik Mendadak Gara-Gara Lonjakan Data Jualan Runcit UK

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat