Strategi Berani Mati YouTube Ini Buatkan ‘TikTok Famous’ Lemah Semangat

510

‘Lumayan betul tawaran YouTube, betul-betul serius nak lawan rival TikTok ni.’

YouTube membentangkan rancangan baru untuk berkongsi hasil pendapatan daripada pengiklanan bersama pencipta kandungan (creator) yang membuat video pada platform Shorts*.

*Fungsi video pendek keluran YouTube seakan-akan TikTok yang memberi fokus kepada paparan berdurasi pendek.

Difahamkan bahawa perkhidmatan penstriman video tersebut akan perkenalkan iklan dalam Shorts dan bercadang untuk memberi 45% hasil pendapatan yang diperolehi kepada creator atas sumbangan kandungan mereka.

Tindakan luar biasa YouTube tersebut dipercayai adalah langkah ‘berani mati’ untuk bersaing dengan TikTok, yang muncul sebagai platform video pendek paling popular masa kini.

Seorang creator Kris Collins atau dikenali sebagai Kallmerkirs memuji rancangan YouTube yang menawarkan perkongsian hasil pendapatan tersebut.

Jelasnya sedang platform lain memfokuskan untuk memberi kemasyhuran 15 saat kepada creator, YouTube mengambil pendekatan berbeza dengan membantu pencipta kandungan peroleh pendapatan bersama.

Sebagai rekod, TikTok menyalurkan dana $1 bilion untuk creator sementara YouTube pula mengedarkan hampir 55% pendapatan kepada pencipta kandungan dalam perkhidmatan utamanya.

Namun, rancangan perkongsian hasil pendapatan bersama creator Shorts adalah perkara baru.

Dalam pada itu, jualan iklan YouTube telah menjana $14.2 bilion untuk syarikat induknya Google pada separuh pertama ini dan rancangan baru perkhidmatan video tersebut pasti meninggalkan kesan pada tahun depan.

Setakat penulisan ini saham Google susut 1.87% pada $101.14 menjelang mesyuarat FOMC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat