Strategi Ini Adalah Lebih Baik Daripada Pengenaan Cukai Ke Atas Barangan China

367

U.S seharusnya memilih jalan penyelesaian lain daripada meletakkan sepenuhnya pergantungan ke atas pengenaan tarif. Tambah bekas diplomat U.S ke China itu, U.S seharusnya menjalankan kerjasama dengan negara-negara bersekutu kemudian melakukan sekatan ke atas beberapa sektor pelaburan China.

Menurut Gary Locke (bekas diplomat ternama semasa presiden Barrack Obama di Beijing) berpendapat peningkatan pelaburan China telah memberi sedikit leverage kepada U.S. U.S boleh mengancam China dengan menutup beberapa peluang pelaburan global.

” Saya benar-benar percaya bahawa U.S seharusnya bekerjasama dengan sekutu mereka dan beberapa negara yang memiliki masalah yang sama dengan China dengan menutup beberapa sektor pelaburan.” kata Locke.

Washington telah menzahirkan kebimbangan terhadap polisi perdagangan China termasuk isu pencurian harta intelek syarikat-syarikat Amerika.

Maka kita seharusnya bekerjasama dan mengambil sikap untuk bersatu dalam menghadapi hal ini. Hal ini akan memberi tekanan kepada China, jika mereka tidak boleh melabur di U.S maka mereka akan melabur ke dalam negara Kanada atau Jerman atau U.K atau mana-mana negara Eropah.Namun jika negara-negara tersebut juga melakukan sekatan ke atas pelaburan China, maka sudah pasti China akan mendapat mesej sebenar. Kata Locke

Dalam masa yang sama, Locke berpendapat tindakan pengenaan tarif boleh memakan diri sendri jika Beijing memilih untuk mengetatkan ekonomi mereka daripada membuka ekonomi lebih luas. Hasilnya penggunaa Amerika dan lapangan kerja yang ditawarkan akan semakin rugi.

Masalahnya jika Presiden Donald Trump terus menekan China, China akan melawan balik. Akhirnya tindakan tersebut malah akan memberi tekanan kepada ekonomi U.S.

Pada ketika ini, ketegangan perdagangan antara AS-CHINA semakin meruncing disebabkan oleh perintah terbaru Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tariff $100 billion kepada China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat