Strategi Persaingan Apple Inc, Diskaun iPhone 11 Serta Pelancaran Model SE

717

Dilaporkan pasaran syarikat telefon pintar telah pulih dalam tempoh yang cepat dan Apple Inc (AAPL.O) berjaya muncul tanpa sebarang kelumpuhan selepas tamat kawalan pergerakan di negara China. Terbaru, syarikat tersebut menawarkan diskaun hebat terhadap iPhone 11 dan pelancaran model terbaru SE dengan kadar harga yang rendah di negara itu.

Walaupun China menyumbang hanya kira-kira 15% daripada pendapatan Apple, tindakan ini dapat menarik perhatian pelabur untuk mendapatkan jumlah permintaan global terhadap produk syarikat itu berdasarkan laporan hasil suku kedua pada Khamis lalu.

Penutupan kedai serta kilang pembuatan iPhone di Amerika Syarikat dan Eropah kerana kawalan pergerakan negara tidak menggugat prestasi Apple Inc. Sebaliknya, pelancaran model iPhone yang baru pada harga yang rendah merupakan strategi yang kukuh untuk meletakkan syarikat tersebut pada posisi yang lebih baik berbanding yang lain.

Menurut penganalisis Evercore, Amit Daryanani, pelancaran iPhone SE bernilai $399 membuktikan bahawa permintaan produk Apple kembali bangkit setelah ditutup beberapa minggu pada awal 2020.  Melalui data yang dikeluarkan oleh Refinitiv, syarikat tersebut dijangka mengalami penurunan pendapatan sebanyak 6% dan penurunan pendapatan bersih sebanyak 11% pada suku kedua fiskal.

Penawaran harga iPhone 11 sebanyak 18% dalam talian di China menyebabkan ribuan pembeli memburu jenama tersebut sekaligus mewujudkan persaingan hebat dari Oppo dan Vivo yang turut menawarkan model mewah bagi menjatuhkan iPhone dari pasaran.

Kehadiran model terbaru, Iphone SE tidak dapat dinafikan menarik perhatian pengguna iPhone untuk membeli peranti yang baru. Malah pemilikan produk seperti Apple membuktikan kepercayaan pengguna terhadap kualiti yang hebat tanpa menyebabkan kebimbangan terhadap kerosakan atau servis yang ditawarkan.

Permintaan yang tinggi di China mungkin tidak dapat menampung kerugian di A.S dan Eropah walaupun telah dilaporkan jualan iPhone di China telah melonjak 21% pada bulan lalu dari tahun sebelumnya dan lebih tiga kali ganda dari Februari. Namun, melalui servis yang ditawarkan seperti muzik, aplikasi, permainan dan video sedikit sebanyak membantu pasaran Apple kekal kukuh sepanjang musim perintah kawalan pergerakan seluruh dunia.

Cuma buat masa sekarang Apple masih belum melancarkan produk mereka dengan kehadiran teknologi rangkaian 5G yang mana merupakan satu kelemahan dari syarikat tersebut. Terdapat kebimbangan terhadap kedudukan produk Apple jika permintaan penggunaan 5G meningkat naik apatah lagi pesaing Asia sudah melangkah jauh dengan model 5G.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat