Stratis (STRAX) Menawarkan Perkhidmatan Yang Berpotensi Dalam Pasaran!

137

Stratis merupakan platform blockchain-as-a-service yang menawarkan beberapa produk dan perkhidmatan untuk perusahaan, termasuk melancarkan side-chain peribadi, menjalankan nod penuh, membangunkan dan menggunakan kontrak pintar, platform initial coin offering (ICO), dan aplikasi proof-of-identity .

Stratis beroperasi diatas blockchain tersendiri yang dikuasakan oleh token asli STRAX dam dilancarkan pada Ogos 2016 oleh Chris Trew.

Startis direka untuk penyedia perkhidmatan kewangan dan perusahaan lain untuk menguji, membangunkan dan menggunakan aplikasi berasaskan blockchain dengan cara yang mengelakkan kebimbangan overhead dan keselamatan mengendalikan rangkaian mereka sendiri.

Lagi menarik, Stratis telah mengumumkan perkongsian perniagaan dengan syarikat-syarikat seperti software giant Microsoft, firma perisikan pasaran teknologi International Data Corporation, dan syarikat pembangunan blockchain farmaseutikal MediConnect.

Di samping itu, ia telah menaja atlet profesional sebagai cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai platform.

Seterusnya, meneliti kepada carta pergerakan semasa harga STRAX/USDT.

Pergerakan harga dapat dilihat telah berjaya menghasilkan kenaikan lebih 1,000% pada pasaran 2021 mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai paras harga $4.55 pada 10 Mei yang lalu.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga Strax dilihat sedang memberi isyarat positif untuk membuat momentum kenaikan dan sedang menguji zon SBR (support become resistance) sekitar $1.75.

Untuk jangkaan seterusnya, jika pergerakan harga kekal menyaksikan momentum tersebut, ia mungkin bakal menembusi paras rintangan SBR dan bakal menguji paras resistance sekitar $1.9 semula sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi lagi.

Namun jika pergerakan harga menunjukkan trend penurunan, pergerakan harga bakal kembali menguji zon RBS (resistance become support) sekitar $1.57 sebelum meneruskan penurunan ke paras terendah yang pernah dicatatkan.

Sewaktu penulisan, STRAX/USDT didagangkan pada harga sekitar $1.7 melonjak lebih 1.5% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-138 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto STRAX/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat