Stresslah! McDonald, Nike, & Visa Dipaksa Terima Yuan Digital

1,785

Dikhabarkan rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia, McDonald tertekan kerana dipaksa untuk terima matawang digital bank pusat (CBDC), yuan digital.

Dijangka pelancaran yuan digital berlangsung pada Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

McDonald sebenarnya telah menjalankan pengujian yuan digital di Shanghai. Bagaimanapun, China mendesak agar premis itu terima pembayaran dalam yuan digital bagi kesemua cawangannya di seluruh negara.

Beberapa firma besar Amerika Syarikat (AS): Nike, penaja pasukan Olimpik AS dan Visa, penaja utama Olimpik turut berhadapan tekanan yang sama.

Keengganan jenama-jenama besar menerima yuan digital seakan menutup peluang untuk China meluaskan lagi penggunaan matawang digitalnya.

Barangkali juga keengganan mereka berkait rapat dengan kebimbangan mengenai privasi penggunanya.

Buktinya, AS sejak awal lagi sudah mula tidak senang duduk dengan perkembangan yuan digital sehingga beberapa senator AS mengeluarkan amaran kepada atlet negara untuk boikot matawang digital China kerana bimbangkan kelumpuhan kuasa ekonomi negara.

Yuan digital atau mana-mana CBDC terbitan negara tertentu tidak sama seperti matawang kripto kerana kelompok aset ini dikawal kerajaan. Maka, tidak hairanlah ada pendapat yang mengatakan yuan digital merupakan alat untuk meningkatkan pengawasan China.

Penganalisis meramalkan penggunaan yuan digital mampu mencapai  kadar 9% bagi pembayaran domestik China menjelang 2025.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat