Studio Dragon Umum Penubuhan Dunia Maya K-Drama Di The Sandbox!

423

Rumah penerbitan drama korea (Kdrama) terkenal, Studio Dragon teruja mengumumkan kerjasama dengan metaverse The Sandbox (SAND) untuk menubuhkan dunia maya bertemakan drama-drama Korea.

Difahamkan Studio Dragon telah pun memperoleh tanah di The Sandbox, dan mereka juga akan menghasilkan (mint) perhiasan avatar dan item permainan berasaskan non-fungible token (NFT) menggunakan IP drama terkemuka.

Tidak cukup dengan itu, Studio Dragon akan menghasilkan kandungan kolaborasi dengan IP global di LAND untuk membawa peminat menempuhi pengalaman baharu di metaverse The Sandbox.

Dibangunkan pada 2016, syarikat ini terkenal dengan drama-drama berkualiti tinggi, misalnya: Sweet Home, Crash Landing on You, Hometown Cha-Cha, Vincenzo, Hotel del Luna, dan Stranger.

Menariknya lagi, rupa-rupanya NFT daripada drama Vincenzo, Mine, dan Hotel del Luna telah pun dilancarkan pada tahun lalu.

Peminat-peminat drama terbitan Studio Dragon bukan hanya terhad di Korea Selatan sahaja tetapi telah merentasi Asia Tenggara, Eropah, dan Amerika Utara.

Boleh dikatakan Studio Dragon merupakan perintis pertama kepada K-verse: “Inilah peluang untuk peminat K-drama menikmati pelbagai kandungan yang ditawarkan oleh pihak kami.”

Selain daripada rumah penerbitan ini, beberapa syarikat muzik K-pop seperti HYBE, SM, JYP, dan Cube Entertainment telah pun menceburi dunia metaverse sejak 2021.

Ketika penulisan, token natif The Sandbox – SAND – mencatatkan penyusutan lebih 1% dalam 24 jam, didagangkan pada $1.33 selepas menyentuh paras tertinggi harian, $1.4 pada pagi tadi.

Omona! Ada Vincenzo! Dah kena praktis bahasa korea ke eh nak join k-verse kat sana?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat