Subsidi Obamacare Berjumlah $7 Billion Mungkin Akan Dimansuhkan

54

Presiden Donald Trump pada hari Khamis yang lalu telah menandatangai satu arahan eksekutif untuk memudahkan rakyat Amerika membeli pelan insuran kesihatan asas dengan menggunakan kuasa presiden beliau untuk melemahkan Obamacare selepas parti Republik gagal memansuhkannya di Kongress.

Trump mengeluarkan arahan tersebut dengan tujuan membenarkan peniaga-peniaga kecil di seluruh negera yang sama bersepakat membeli premium yang lebih murah dengan pelan yang lebih asas kepada pekerja-pekerja mereka.

Walau bagaimanapun, pilihan baru ini tidak boleh didapati sebelum 2019, dan mungkin akan berhadapan dengan beberapa bantahan undang-undang daripada jabatan peguam negara Demokratik.

Langkah ini dilihat paling berjaya sepanjang pentadbiran Trump sejak Januari lalu selepas mereka berjanji untuk menghapuskan pencapaian dasar domestik Obama melalui pelan kesihatan ini.

Selain itu Trump juga mengancam untuk memotong pembayaran subsidi pada syarikat penjual insuran Obamacare yang selama ini digunakan untuk melindungi perbelanjaan perubatan rakyat Amerika yang berpendapatan rendah melalui pelan individu Obamacare.

Anggaran Subsidi Berjumlah $7 billion Pada Tahun 2017.

Pejabat Bajet Kongres yang tidak terikat dengan mana-mana parti berkata, jika Trump berjaya menghapuskan pembayaran subsidi ini, premium individu Obamacare yang dimiliki oleh ramai pelanggan mungkin akan melonjak sehingga 20 peratus

Gangguan terhadap Obamacare yang telah memperluaskan insuran kesihatan kepada 20 juta rakyat sejak 7 tahun lalu dilihat sebagai satu pencorobohan kepada penjagaan kesihatan rakyat Amerika oleh kerajaan.

Arahan Trump ini dijalankan dengan tujuan memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan pelan yang lebih murah, namun tidak meliputi faedah-faedah penting seperti rawatan bersalin, penjagaan bayi yang baru lahir, ubat-ubatan, rawatan mental dan ketagihan.

Obamacare yang sebelum ini dikenali sebagai  Affordable Care Act (ACA), memerlukan pelan daripada peniaga-peniaga kecil dan individu untuk menampung semua faedah-faedah tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat