Sudah Capai Puncak, Euro Tergelincir Pula

428

Euro kembali goyah selepas Bank Pusat Eropah (ECB) memberi amaran bahawa Eropah berdepan risiko kewangan yang meningkat dan tidak rata.

Oleh itu, rangsangan monetari semasa bank pusat mungkin diperlukan untuk menyokong pemulihan dari krisis coronavirus.

Kenyataan itu muncul selepas hasil bon 10 tahun Jerman dilaporkan melonjak ke tahap tertinggi dua tahun pada -0.08% ketika awal sesi Eropah bermula.

Terdahulu, matawang euro menyentuh paras tertinggi sejak Januari, sebelum susut sedikit dengan didagangkan sekitar harga 1.22100 berbanding US dolar.

Prospek terhadap pemulihan Zon Eropah meningkat ketika Kesatuan Eropah (EU) terus maju dalam melancarkan program vaksinasi Covid-19.

EU kini menyediakan lebih banyak vaksin per kapita daripada Amerika Syarikat dan berada di landasan untuk memenuhi sasaran vaksinasi 70% orang dewasa pada pertengahan Julai pada kadar semasa.

Dengan penurunan kemasukan ke hospital dan kematian yang mendadak, kerajaan mungkin akan mempertimbangkan untuk keluar dari sekatan coronavirus.

Namun begitu, dengan jangkaan terhadap pemulihan yang kuat, ECB masih enggan mengubah dasar monetari mereka yang longgar.

Pada sesi Eropah, pasaran turut menyaksikan pengeluaran data inflasi Zon Eropah yang dicatatkan tidak berubah dari anggaran awal yang dibuat sebelum ini pada 1.6%.

Tumpuan pasaran seterusnya akan disasarkan kepada penerbitan laporan minit mesyuarat Federal Reserve (Fed) pada awal pagi Khamis (2.00 pagi waktu Malaysia) untuk pemangkin pergerakan matawang selanjutnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat