Sudah Cukupkah Kenaikan Usd/Cad? Antara Sentimen & Fundamental Dolar Kanada

87

Dolar Kanada (CAD, Loonie) jatuh selama empat hari berturut-turut berbanding US dolar sejak penetapan kadar The Fed minggu lalu. Kejatuhan ini sedikit reda apabila matawang ini terpantul semula dalam sesi Selasa.

Dari segi analisa fundamental pula, Cathy Lien Penganalisis matawang di BK Asset mengatakan, “Jangkaan penguatan US dolar pada 2017 bermaksud harga komoditi akan jatuh yang memberikan tekanan kepada matawang komoditi untuk terus melemah”.

Dolar Kanada adalah contoh matawang komoditi yang banyak mendapat kesan dari pergerakan volatile (turun-naik) harga minyak dunia. Jika dilihat kepada tren peningkatan harga minyak dunia, dolar Kanada cenderung untuk membuat pergerakan sama berikutan ekonominya yang banyak bergantung kepada hasil minyak dan gas.

Menurut Kathy, “US dolar ketika ini disokong dengan dnegan polisi pengetatan oleh The Fed dan sentimen penguatan US dolar berikutan polisi fiskal Trump, manakala dolar Kanada akan terus disokong oleh harga minyak dunia”.

Untuk melihat secara jelas hubungan kedua-dua instrumen ini, bandingkan graf harga minyak WTI dan pasangan matawang (Cad/Aud & Cad/Nzd). Kenapa kita tidak membandingkan harga minyak dengan Usd/Cad? Hal ini disebabkan tren US dolar yang sedang menguat berikutan penetapan kadar minggu lalu kerana sentimen US dolar yang masih menguat berbanding enam matawang utama dunia.

Bila dilihat dalam tren harga minyak dunia ketika ini, Loonie mengikuti tren harga minyak ini jika dibandingkan dengan matawang kiwi dan aussie. Tren ini dijangka berterusan jika harga minyak meneruskan tren kenaikan tahun hadapan dengan bermulanya pemotongan pengeluaran minyak oleh ahli OPEC dan bukan-OPEC pada Januari.

Dari segi polisi monetari Kanada ketika ini, Bank of Canada (BoC) dilihat masih akan terus mengekalkan kadarnya di paras 0.50% kerana keadaan yang belum mendesak BoC untuk melonggarkan polisinya. Walaupun begitu, US dolar dilihat akan terus menguat berbanding Loonie kerana pengetatan polisi yang dibuat oleh The Fed.

Sebaliknya pula jika kita membandingkan Loonie dengan Kiwi dan Aussie kerana bank pusat New Zealand yang baru sahaja menurunkan kadarnya baru-baru ini. Bank pusat Australia pula dilihat masih neutral dengan jangkaan peningkatan inflasi dan kejatuhan pertumbuhan ekonomi baru-baru ini.

Dalam ucapan Gabenor BoC sebelum ini, dilihat tidak memberikan sebarang isyarat tentang polisi monetari. Poloz dilihat lebih yakin inflasi akan meningkat ke tahap sasaran yang mana memberi isyarat bank pusat Kanada tidak akan menggunakan pelonggaran polisi dalam masa terdekat ini.

Penjelasan tentang Sentimen Pasaran

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat