Sudah-sudahlah Tu, AS!-China

398

China mendesak Amerika Syarikat hari ini untuk berhenti meningkatkan hubungan dengan Taiwan, setelah Washington dan Taipei mengumumkan mereka akan mengadakan rundingan ekonomi bulan ini yang digambarkan oleh pemerintah Taiwan sebagai tonggak utama dalam hubungan antara 2 buah negara itu.

Hal ini demikian kerana China menganggap Taiwan yang diperintah secara demokratik sebagai wilayahnya sendiri tidak mempunyai hak untuk menjalin hubungan formal dengan negara-negara lain, dan muncul kebimbangan bahawa ianya akan meningkatkan sokongan AS terhadap pulau itu, termasuk penjualan senjata baru dan lawatan ke Taipei oleh pegawai kanan AS.

Sementara itu, pemerintah Taiwan mendedahkan bahawa mereka akan menghantar delegasi kecil ke Washington, yang diketuai oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Chen Chern-chy untuk pertemuan perdana Dialog Perkongsian Kemakmuran Ekonomi AS-Taiwan pada 20 November.

Di samping itu, Setiausaha Luar Negeri AS Keith Krach, dikhabarkan telah mengundang kemarahan China apabila mengadakan lawatan ke Taipei pada bulan September lalu.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin mengatakan bahawa mereka menentang sebarang pertukaran rasmi antara Washington dan Taipei.

Oleh itu, China mendesak agar Amerika Syarikat untuk menghentikan segala pertukaran rasmi atau kontrak dengan Taiwan dan berhenti meningkatkan hubungan mereka.

Walau bagaimanapun, Kementerian Luar Negeri Taiwan memuji rundingan yang bakal diadakan oleh 2 buah negara berkenaan. Menurutnya, rundingan tersebut menunjukkan bahawa Taiwan dan Amerika Syarikat akan mengembangkan jalinan kerjasama yang lebih erat dan lebih luas di bawah perkongsian strategi ekonomi global mereka.

Walaupun Presiden AS Donald Trump adalah tokoh popular di Taiwan kerana sokongan pentadbirannya terhadap pulau itu, pemerintah Taipei telah bertindak untuk meyakinkan rakyatnya bahawa Presiden terpilih Joe Biden akan terus menyokongnya.

Tambahnya, terdapat kemungkinan bahawa akan berlaku perubahan dalam pemerintahan AS, tetapi beliau yakin akan perkembangan hubungan Taiwan-AS akan diteruskan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat