Sudah Tanda Semua Event Penting Bagi Sepanjang Minggu Ini? (1-5 Mei 2017)

58

US Dollar mengakhiri sesi dagangan minggu lepas dengan kemerosotan berbanding matawang Euro dan Pound, namun dicatat lebih kukuh berbanding matwang utama yang lain.

Pada minggu ini, pasaran juga akan menyaksikan minggu yang agak sibuk bermula minggu ini.

1.Keputusan Kadar Australia – 2 Mei 2017 (Selasa, 12.30 pm)

RBA mengekalkan kadar tidak berubah pada hari ini walaupun berlaku peningkatan harga rumah. Kadar dikekalkan pada paras 1.5 peratus selaras dengan ramalan pasaran. Harga rumah tahunan melonjak pada bulan Mac kepada paras tertinggi sejak Mei 2010. Namun, menurut RBA, peningkatan angka ini tidak semestinya menjanjikan kenaikan kadar. penggubal dasar juga percaya bahawa kadar tunai tidak akan berubah bagi sepanjang tahun ini.

  1. Data pekerjaan New Zealand – 3 Mei 2017 (Rabu, 6.45 am)

Kadar pengangguran New Zealand meningkat melebihi jangkaan pada suku keempat 2016 sebanyak 0.3 peratus kepada 5.2 peratus. Negara itu juga menambah 19,000 pekerjaan pada suku keempat dengan peningkatan sebanyak 0.8 peratus dari suku sebelumnya. Gaji sektor swasta juga menunjukkan peningkatan disebabkan harga komoditi yang kekal kukuh dan kadar faedah yang kekal pada tahap rendah. Pertumbuhan pekerjaan di NZ dijangka mencapai 0.8 peratus dan kadar pengangguran menurun kepada 5.1 peratus.

  1. Data Pekerjaan ADP – 3 Mei 2017 (Rabu, 8.15 pm)

Menurut pengumuman ADP, pasaran AS menambah 263,000 pekerjaan pada bulan Mac iaitu angka tertinggi sejak Disember 2014, sekali gus menunjukkan pasaran buruh yang semakin mengetat. Bacaan positif yang dikeluarkan daripada badan ini juga bakal menyokong niat Fed dalam menaikkan kadar sebanyak 2 kali lagi tahun ini. ADP meramalkan kenaikan sebanyak 178,000 pekerjaan bagi bulan April.

  1. Data Bukan Pembuatan ISM PMI – 3 Mei 2017 (Rabu, 10.00 pm)

Sektor perkhidmatan AS berkembang kurang daripada jangkaan pada bulan Mac kepada 55.2 daripada 57.6 yang dicatat pada Februari. Ini juga merupakan pertumbuhan paling perlahan yang dicatatkan sejak Oktober. Sektor perkhidmatan AS dijangka bakal berkembang kepada 56.1 kali ini.

  1. Stok Simpanan Minyak Mentah AS – 3 Mei 2017 (Rabu, 10.30 pm)

Inventori minyak mentah AS merosot dengan ketara pada minggu berakhir 21 April, manakala stok simpanan petrol melonjak disebabkan oleh peningkatan pengeluaran yang tertinggi sejak November 2015. Permintaan bagi produk tapisan dijangka bakal melemah tahun ini jika permintaan gagal untuk pulih.

  1. Ucapan Mario Draghi – 5 Mei 2017 (Jumaat, 12.30 am)

Presiden ECB, Mario Draghi dijangka akan berucap di Switzerland. Justeru, turun naik pasaran dijangka akan berlaku.

  1. Ucapan Stephen Poloz – 5 Mei 2017 (Jumaat, 4.25 am)

Gabenor BoC dijangka akan menyampaikan ucapan di Mexico mengenai petunjuk perubahan kadar pada masa depan.

Nantikan update selanjutnya daripada kami sepanjang minggu ini. Bagi yang trade, semoga profit!

Fed Dijangka Menyasarkan Bulan Jun Bagi Prospek Kenaikan Kadar Selanjutnya!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat