Sudah Tiada Harapan Untuk Emas Naik Semula?

16,721

Logam kuning emas terus didagangkan lebih rendah selepas tergelincir ke paras terendah tujuh minggu, ditekan oleh dolar greenback yang melonjak ke paras ketinggian satu tahun.

Pada sesi Asia, emas diniagakan pada $1,732 per auns, naik sedikit dari tahap terendah yang disentuhnya pada sesi New York pada $1,720 per auns.

Indeks dolar didagangkan lebih tinggi berbanding pesaing utamanya, menaikkan kos pegangan emas bagi pembeli matawang lain.

Hasil bon AS 10 tahun pula dilihat sedikit merosot, tetapi masih bertahan di atas 1.5%, di sekitar tahap tertinggi tiga bulan menyebabkan dagangan emas terus tertekan.

Kenaikan ini terus mendapat sokongan daripada optimisme pasaran untuk Federal Reserve (Fed) AS akan mula mengurangkan pembelian aset bulanannya tidak lama lagi dan kenaikan kadar faedah lebih cepat.

Peningkatan harga tenaga global turut menyokong pengukuhan hasil bon AS di paras tertinggi yang menimbulkan kebimbangan terhadap inflasi.

Situasi sepatutnya menyokong dagangan emas kerana ia dianggap sebagai lindung nilai kepada inflasi. Bagaimanapun, dengan jangkaan pengurangan rangsangan dan pengetatan akan dilaksanakan, menyebabkan emas gagal memanfaatkan peluang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat