Sudah Tiba Masa Untuk XRP Melonjak Lebih Tinggi?

2,217

Kemenangan demi kemenangan yang dicatatkan oleh Ripple dalam perbicaraan saman oleh Securities and Exchange Commission (SEC) terus memberikan titik kegembiraan kepada para pelabur tegar XRP yang menantikan harga XRP untuk melonjak ke paras ketinggian sepanjang masa (ATH) sekitar harga $3.0.

Perkembangan terkini melaporkan bahawa mahkamah telah menolak permohonan SEC untuk mendapat akses terhadap bukti yang merangkumi sebarang nasihat atau perbicaraan mengenai status XRP. Ini menjadikan kemenangan ke-4 yang telah memihak kepada Ripple.

Adakah pergerakan harga XRP ketika ini sedang bersedia untuk meluncur lebih tinggi semula seperti yang berlaku pada pembukaan dagangan April ?

Tetapi melihat kepada carta XRP/USDT, kelihatan pergerakan harga XRP masih lagi ‘struggle’ untuk terus menembusi paras harga $1.0 sebelum membuat penurunan semula di atas paras harga $0.80.

Jangkaan seterusnya, jika harga XRP berjaya kembali dengan momentum kenaikan, zon SBR (support become resistance) sekitar harga $1.0 bakal menjadi sasaran para pelabur untuk diuji semula dan seterusnya bakal memberi penanda aras untuk membuat kenaikan yang lebih drastik.

Zon SBR seterusnya di paras harga $1.40 bakal menjadi paras tumpuan untuk diuji jika harga XRP terus mengekalkan trend bullish sebelum menuju ke paras resistance $1.60-1.90.

Namun sebaliknya, jika XRP kembali meneruskan rentak penurunan, paras sokongan sekitar harga $0.60 bakal diuji semula dan bakal menjadi paras yang bakal dinilai oleh para pelabur sebagai sasaran untuk menyokong semula kenaikan harga.

Sekiranya kata putus terakhir mengenai perbicaraan antara XRP dan SEC terus memihak dan memberi kemenangan kepada Ripple yang dijangka bakal berakhir pada bulan Ogos. Ripple dijangka bakal nekad untuk menjadi syarikat yang diperdagangkan secara terbuka dan menawarkan transaksi yang murah dan lebih laju.

Jika perkara itu tercapai, tidak mustahil untuk XRP mencapai nilai pasaran (marketcap) melebihi $150 bilion dan mencapai paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang pernah dicapai pada 2018 sekitar $3.0 atau mungkin boleh mencatatkan ATH yang terbaru pada 2021.

Setakat jam 3.00 petang waktu tempatan, harga XRP telah melonjak melebihi 10% dan kelihatan harga sedang pamerkan corak kenaikan untuk menguji semula paras harga $1.0.

Lihat gambar carta matawang kripto XRP/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat