Sudah Tiba Masanya Korea Selatan Sambut Baik Kripto! Pakar Ini Kongsi 2 Sebab Mengapa

619

Dalam persidangan antarabangsa ETP Global 2021, Sohn Byung-doo telah membuat kenyataan bahawa industri aset digital tidak banyak berbeza dengan pasaran saham. Justeru adalah betapa pentingnya pentadbiran Korea Selatan untuk melindungi pelabur dan mengawal kestabilan transaksi.

Sohn Byung-doo yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pertukaran Korea (KRX) menyatakan bahawa Bitcoin dan aset kripto lain masih tidak termaktub dalam kawal selia sepertimana yang berlaku dalam sektor kewangan tradition. Apatah lagi, jumlah pelabur kripto di Korea Selatan telah catat peningkatan yang besar iaitu dianggarkan sekitar 5 juta pengguna. Di tambah pula jumlah dagangan harian yang semakin meingkat dengan pesat dan tidak jauh beza dengan jumlah dagangan harian pasaran saham.

Berdasarkan data, jumlah dagangan pasaran harian aset kripto Korea adalah sekitar $12 bilion, manakala indeks komposit Korea, KOSPI, adalah lebih sedikit daripada $16 bilion. Justeru beliau menggesa agar pentadbiran negara dapat mengkaji, meneroka dan sekaligus menerima industri kripto yang kini sedang berkembang pesat. Dalam masa yang sama beliau menggesa pelaksanaan peraturan yang betul yang akan membantu menginstitusikan kelas aset.

“Sekarang adalah masa yang tepat untuk bursa pertukaran tempatan (Korea Selatan) untuk bersaing dengan bursa di luar negara” – Sohn.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan Korea Selatan mengumumkan keputusan mereka untuk menangguhkan cukai keuntungan kripto untuk suatu jangka masa. Berdasarkan pindaan yang diluluskan oleh badan berautoriti, undang-undang cukai kripto dijadualkan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2022.

Pengumuman awal mengenai cukai keuntungan kripto telah mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan pasaran dan mempengaruhi tingkah laku para pelabur. Korea Selatan sebelum ini mencadangkan untuk mengenakan cukai 20% ke atas keuntungan aset kripto melebihi jumlah $2,100. Perkara ini telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan pemain pasaran pada ketika itu.

Mereka berpendapat bahawa pelabur kripto dikenakan cukai yang lebih banyak daripada pelabur saham. Kedua belum ada rangka kerja kawal selia yang melindungi para pelabur.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat