Sukuk Digital Pertama Malaysia Diumumkan Esok!

1,057

Kementerian Kewangan Malaysia dikhabarkan akan mengumumkan penerbitan Sukuk Prihatin, sukuk digital pertama di Malaysia, berjumlah RM500 juta di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Nasional (Penjana) dalam sebuah majlis esok.

Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian itu hari ini, mengatakan bahawa upacara perasmian Sukuk Prihatin tersebut akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Selain itu, majlis tersebut juga akan dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Kementerian Kewangan, penerbitan Sukuk tersebut adalah patuh syariah dan merupakan hasil permintaan dari pelbagai pihak dalam usaha mereka untuk membantu usaha pemulihan ekonomi negara.

Tambahan daripada itu, Penerbitan Sukuk Prihatin akan disalurkan kepada beberapa entiti yang telah dikenalpasti, termasuk meningkatkan hubungan untuk sekolah-sekolah luar bandar, menampung hibah penyelidikan untuk penyakit berjangkit, dan membiayai perusahaan mikro-kecil dan sederhana (UMKM), terutama pengusaha wanita.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat