Sultan Perak Usulkan Tiga Cara Untuk Malaysia Menjadi Negara ‘Berpendapatan Tinggi’

1,287

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mencadangkan beberapa kaedah yang boleh diguna pakai Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. Tiga kaedah tersebut adalah menghasilkan ekonomi dan masyarakat yang berdaya tahan, kompetitif dan penilaian prestasi.

Baginda menyatakan ekonomi masih lagi kecil secara relatifnya dan sangat terbuka. Oleh itu, ia menjadikan Malaysia terdedah kepada perubahan dalam perdagangan antarabangsa dan bentuk globalisasi.

Baginda menegaskan Malaysia perlu meningkatkan peranannya dalam inovasi dan teknologi dan meningkatkan produktiviti. Namun, untuk mencapai perkara itu terdapat halangan untuk meningkatkan prestasi buruh dan modal.

“Hasilnya ekonomi masih kekal bergantung kepada sektor yang rendah dalam spektrum nilai-tambah.”

“Ini adalah perkara yang kita mesti fokus untuk memastikan bahawa kita kekal kompetitif dalam konteks global yang mencabar ini,” demikian kata baginda semasa merasmikan pembukaan seminar di Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambahnya, tahap pendidikan dan latihan kemahiran juga perlu dibawa ke tahap yang lebih tinggi. Baginda menegaskan bahawa sistem pendidikan di Malaysia, dari pendidikan rendah sehinggalah tinggi masih ketinggalan jika dibandingkan di peringkat antarabangsa, khususnya dalam sains dan matematik.

Baginda juga mengatakan perlunya untuk menggalakkan adaptasi pemikiran rakyat di mana mindset yang lama akan mengelakkan Malaysia daripada menjadi masyarakat yang suka belajar.

Perubahan kedua yang perlu dibuat adalah untuk mengukuhkan kesaksamaan dalam masyarakat Malaysia seperti yang telah digariskan tiga dekad yang lalu.

Baginda menyatakan Malaysia telah berjaya menyelesaikan isu kemiskinan, namun pembahagian kekayaan adalah isu yang perlu diatasi.

Manakala perubahan ketiga, Malaysia perlu mengambil kesempatan daripada gelombang teknologi maklumat dan menjadi pemimpin yang mengadaptasi dan menggunapakai teknologi seperti ini di lapangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat