Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 Mula Diagihkan Pada 7 November

376

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan agihan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM2.1 billion kepada 5.5 juta penerima yang berkelayakan akan mula diberi pada Selasa depan (7 November 2023).

Pada perjumpaan di Dewan Rakyat lepas, PM Anwar Ibrahim memberitahu berkenaan sebanyak RM2,500 akan disalurkan mengikut kategori kelayakan masing-masing dan pembayaran ini merupakan bantuan STR terakhir untuk tahun ini.

Pembentangan Bajet 2024 pada Oktober lalu turut menyebut berkenaan kenaikan bantuan STR sebanyak 25% iaitu daripada RM8 billion kepada RM10 billion.

Agihan Fasa 1 untuk tahun 2024 akan mula disalurkan kepada penerima sebelum bulan Ramadan, Februari tahun depan.

Antara kategori yang layak menerima adalah golongan isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah, warga emas dan bujang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat