Sunak Beri Petunjuk Mengenai Bajet UK – Ini 2 Isu Yang Bakal Menjadi Tumpuan!

212

Menteri kewangan Britain Rishi Sunak pada hari Rabu telah memberi petunjuk mengenai bilakah bajet perbelanjaan 2021 dan rinciannya. Sunak telah mengkhabarkan bahawa beliau akan mengumumkan rancangan perbelanjaan kerajaan selama satu tahun pada 25 November. Perbelanjaan kerajaan tersebut akan lebih mensasarkan untuk menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan sektor pekerjaan.

Menurut Sunak, perkembangan ekonomi yang semakin membimbangkan ini menyebabkan pelbagai pihak menanti kepastian daripada kerajaan. Atas dasar tersebut, pentadbiran UK telah menetapkan anggaran perbelanjaan pada tahun dengan menumpukan sepenuhnya untuk menangani penularan pandemik Covid-19 dan meransang pertumbuhan sektor pekerjaan.

Pada awal bulan ini, Sunak telah ditekan dan terpkasa menyisihkan pelan rancangan perbelanjaan untuk tempoh 3 tahun kerana ketidakpastian dalam penularan pandemik Covid-19 dan kesannya terhada ekonomi sekarang adalah terlalu besar.

Pernyataan 25 November nanti akan merangkumi 3 perkara utama iaitu pertama adalah memastikan jabatan kerajaan mempunyai wang yang cukup menangani pandemik dan menyokong sektor pekerjaan. Kedua ialah dana untuk perkhidmatan awam dan ketiga ialah pelaburan infrastruktur.

UK telah mencatat peningkatan perbelanjaan awam yang sangat besar bagi mengatasi kesan penularan pandemik Covid-19 terhadap ekonomi. UK dijangka mengalami bajet defisit sekitar 17% daripada jumlah KDNK beradasarkan analisis yang dikeluarkan oleh IMF.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat