SuperFarm (SUPER) Sebuah Protokol DeFi Yang Memudahkan Pelancaran NFT!

102

SuperFarm merupakan protokol cross-chain yang tidak berpusat (DeFi), dibina untuk memudahkan pelancaran non-fungible token (NFT) yang baru, tanpa memerlukan pengaturcaraan (programming) yang membolehkan mana-mana projek untuk menggunakan farm dengan peraturan sendiri.

Secara konsepnya, SuperFarm adalah pasaran NFT yang komprehensif, membolehkan pengguna membuat NFT mereka sendiri, farm coin untuk NFT, mencipta token ERC-20 dan mengikat (bind) NFT untuk videogame item.

Dilancarkan pada 31 Mac 2021, dengan NFT Drops dan NFT Launchpad oleh Elliot Wainman.

Uniknya, SuperFarm bertindak sebagai link antara ekosistem kripto dan industri gaming yang bertujuan untuk menyokong koleksi token untuk digunakan dalam game AAA. Dengan NFT dari SuperFarm, pengguna mendapat akses kepada pengalaman video game dan item edisi terhad.

Seterusnya, Meneliti kepada carta pergerakan semasa harga SUPER/USDT.

Selepas tersenarai dari platform binance pada 21 Mac 2021, pergerakan harga dapat dilihat telah berjaya mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai paras harga $4.73 pada 31 Mac 2021.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga Super dilihat sedang berlegar-legar untuk berusaha mencapai kembali ke zon SBR (support become resistance) sekitar $0.48 dimana zon tersebut telah diuji beberapa kali sebelum ini.

Untuk jangkaan seterusnya, jika pergerakan harga kekal menyaksikan trend penurunan, zon RBS (resistance become support) sekitar $0.38 bakal diuji kembali samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke zon sokongan yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Namun jika pergerakan harga kembali mencorakkan trend kenaikan, pergerakan harga bakal kembali menguji zon SBR sekitar $0.48 tersebut sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Sewaktu penulisan, SUPER/USDT didagangkan pada harga sekitar $0.41 dengan nilai pasaran lebih $42 juta dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-447 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto SUPER/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat