Suram Di Awal Minggu, EUR/USD Kekal Berlegar Di Atas Zon $1.0400

161

Dengan pergerakan perlahan pasaran ekoran cuti umum di Amerika Syarikat (AS), penganalisis memberi amaran kepada pelabur terhadap pergerakan suram US dolar di awal minggu yang berpotensi untuk bergerak lebih agresif semula menuju penghujung minggu.

Tumpuan seterusnya untuk pergerakan US dolar akan terarah kepada terbitan data tinjauan sektor perkhidmatan AS dan minit mesyuarat FOMC pada Rabu, sebelum tumpuan utama adalah kepada laporan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat.

Situasi penyusutan US dolar seperti biasa akan memberi ruang untuk kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk meningkat semula.

Namun mata wang Euro semalam dilihat gagal untuk memanfaatkan peluang berikutan menunjukkan peningkatan harga yang terhad.

Walaupun bank pusat Eropah (ECB) dijangka bakal menaikkan kadar faedah pada mesyuarat polisi terbaru, namun Euro masih dibayangi risiko kemelesetan ekonomi Eropah dengan kebimbangan seluruh industri di Jerman berpotensi untuk lumpuh ekoran pemotongan bekalan gas asli dari Moscow.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat berjaya kekal berlegar di atas zon 1.04000 selepas pasaran menyaksikan lonjakan melonjak semula harga dari bawah zon tersebut pada dagangan penghujung minggu lalu.

Isyarat awal untuk kenaikan lebih tinggi terbantut apabila harga yang membuat kenaikan di sesi Eropah semalam melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, namun harga susut semula di bawah paras tersebut pada dagangan sesi New York.

Mendatar dan menutup dagangan sekitar 1.04200, harga menyambung semula dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa) untuk sedikit meningkat menguji halangan MA50 sekali lagi.

Sekiranya masih gagal untuk lepasi halangan itu, isyarat bearish tersebut akan mendorong jangkaan penurunan harga menguji semula zon support 1.04000.

Pelabur masih lagi menantikan untuk harga menembusi zon 1.04000 untuk rekod terendah terbaru harga bagi tempoh 20 tahun.

Namun jika harga berjaya membuat lonjakan pada hari ini, rintangan yang dilihat bakal diuji adalah pada 1.05000 yang berada pada zon SBR (support become resistance).

Kenaikan lebih tinggi selepas isyarat perubahan trend bullish dijangka akan menuju pula sehingga ke paras rintangan sebelum ini pada 1.06000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat