Suruhanjaya Eropah ‘Tanggung Malu’

2,198

Suruhanjaya Eropah enggan mengulas mengenai kebocoran harga yang akan dibayar untuk dos vaksin Covid-19, yang menekankan isu privacy dengan syarikat-syarikat yang terlibat.

Berikutan dengan itu, jurucakap eksekutif EU telah disoal siasat mengenai maklumat yang dinyatakan semalam melalui sebuah posting di laman twitter oleh seorang menteri muda pemerintah Belgium yang memberikan penjelasan tentang kos perbelanjaan 5 vaksin dalam portfolio Suruhanjaya.

Walau bagaimanapun, posting berkenaan telah dipadam beberapa minit kemudian, tetapi ianya telah disiarkan di media sosial.

Menurut suruhanjaya berkenaan, maklumat berhubung harga vaksin adalah isu yang mesti dirahsiakan.

Berdasarkan posting yang dikemukakan itu, harga setiap dos vaksin bermula dari € 1.78 untuk vaksin berpotensi oleh syarikat Britain-Sweden AstraZeneca, hingga 14.70 € untuk suntikan yang paling mahal, dari firma AS, Moderna.

Manakala harga untuk vaksin Pfizer dan BioNTech iaitu satu-satunya yang mendapat kelulusan setakat ini dan digunakan di UK, AS dan mungkin minggu depan EU berharga € 12 untuk setiap dos. Namun begitu, Pfizer dikhabarkan tidak mahu mengemukakan sebarang respon berkenaan isu tersebut.

Sementara itu, Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan kontrak ketujuh dengan syarikat bioteknologi AS Novavax dengan 100 juta dos vaksin dan harganya tidak didedahkan berdasarkan perjanjian dengan syarikat berkenaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat