Suruhanjaya Sekuriti Arah CopyCash Batal Road Show ICO Matawang Crypto di Malaysia

1,193

Pada 9 Januari, 2018 terdapat laporan bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengarahkan CopyCash satu firma pelaburan blockchain yang beroperasi di Singapura untuk menghentikan semua aktiviti mereka di Malaysia termasuklah penawaran token (ICO).

CopyCash telah diarahkan untuk membatalkan road-shows, seminar dan kempen pemasaran berkaitan dengan penawaran token yang dijadualkan pada 10 Januari. Minggu lalu, Suruhanjaya Sekuriti telah mula menyiasat CopyCash dan menyatakan konten dalam ‘kertas-putih’ (white paper) mereka tidak menepati tuntutan dalam undang-undang sekuriti di Malaysia.

Perkara ini dijangka turut disiasat oleh Monetary Authority Singapore selepas kedua-dua agensi ini menandatangani perjanjian kerjasama pada September 2017.

Sehingga pada masa artikel ini ditulis, CopyCash belum lagi memberikan respon terhadap perkara ini melalui laman web mereka atau di media sosial.

“SC menasihatkan pelabur-pelabur supaya berhati-hati dengan risiko penipuan dan membuat kajian sebelum menyertai sebarang skim ICO.

 

CopyCash merancang untuk melancarkan ICO (Initial Coin Offering) dengan jumlah 30 juta koin CopyCash, namun terpaksa menangguhkannya disebabkan siasatan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

CopyCash adalah matawang crypto yang mengikut standard matawang Ethereum, ERC20.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat