Suruhanjaya Sekuriti Arah Semua Bentuk Promosi LavidaCoin Dihentikan Serta-Merta

1,459

Baru-baru ini kita telah maklum bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan amaran terhadap skim matawang kripto yang dianjurkan oleh Datuk Vida.

Pengendali Lavida Coin iaitu VI Profit Galaxy, DSV Crypto Club dan LUX Galaxies adalah kumpulan yang terlibat dalam program pelaburan ini.

Terbaru, kesemua entiti tersebut telah diarahkan untuk menghentikan semua bentuk promosi berkaitan Lavida coin, sementara penelitian lanjut oleh SC dijalankan ke atasnya.

Hal ini dinyatakan oleh Suruhanjaya Sekuriti dalam kenyataan akhbar yang dibuat di laman web rasmi mereka pada 5 September 2018 seperti di bawah.

Bank Negara sebelum ini juga telah menyenaraikan pelaburan Lavida Coin dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan yang tidak diiktiraf di bawah undang-undang bank pusat.

Lihat senarai syarikat di bawah Amaran Pengguna Kewangan BNM di sini.

Bagi yang was-was dengan skim ini, boleh lah mendapatkan nasihat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) melalui pautan dan alamat berikut:

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK)

(Pusat Perkhidmatan Pelanggan bagi Pengunjung)
Tingkat Bawah, Blok D
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
Waktu Urusan: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat