Susah Nak Lepas Paras $1900, GOLD Bakal Terperosok Lagi

614

Pergerakan harga emas masih perlahan di sekitar paras $1900 dengan ketidaktentuan terus melanda pasaran yang turut mempengaruhi nilai logam berharga tersebut.

Khususnya dipengaruhi oleh nilai dagangan matawang US dolar, perkembangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) masih menjadi tumpuan utama pelabur.

Jika diperhatikan pergerakan harga emas pada carta XAU/USD, harga telah pamerkan penurunan ketara pada Selasa lalu namun kembali meningkat semula di atas paras 1900.00 dan menguji paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Pada dagangan hari ini (Khamis), harga emas bergerak di bawah paras 1900.00 selepas harga gagal meneruskan ke paras lebih tinggi apabila tidak berjaya melepasi paras 1900.00 tersebut.

Sentimen pasaran yang masih berisiko dengan beberapa faktor seperti perkembangan vaksin serta risiko ketegangan hubungan dagang AS-China akan memberi sokongan terhadap dagangan US dolar dan turut menekan harga emas.

Jika paras 1900.00 gagal dilepasi hari ini, penurunan lebih rendah harga akan dijangkakan sehingga ke paras 1875.00 untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan seterusnya akan menuju ke zon support sekitar 1850.00.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak di atas paras 1900.00, zon SBR (support become resistance) sekitar 1910.00 akan diuji sebelum harga meneruskan kenaikan menguji paras ketinggian mingguan sekitar 1930.00

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat