Susah-Susah Je Berhimpun, Dua Calon Presiden Korea Selatan Berkempen Dalam Metaverse!

327

Dua calon presiden Korea Selatan yang mendapat undian tertinggi telah sertai metaverse untuk berinteraksi dengan rakyat melalui kehadiran dalam bentuk avatar.

Difahamkan calon tersebut: Lee Jae-yung dari Parti Demokratik; dan Yoon Suk-yeol dari Parti Kuasa Rakyat muncul sebagai avatar di metaverse rangkaian televisyen tempatan, MBN untuk menjawab persoalan daripada rakyat yang turut sertai acara tersebut.

Kebanyakan yang hadir bagi mengemukakan soalan terhadap calon presiden itu adalah dari golongan belia berusia 20 hingga 30 tahun.

Antara topik yang menjadi tumpuan dalam sesi tersebut termasuklah isu pengangguran dan polisi perumahan.

Menariknya, kedua-dua calon memberi jaminan terhadap masa depan kripto di Korea Selatan. Sudah tentu ini membawa harapan buat golongan muda terutama pelabur kripto.

Berdasarkan data terbaru, negara itu menyaksikan pertumbuhan ruang kripto sehingga jumlah pelabur berusia 20 hingga 30 tahun mencecah kira-kira 5.58 juta!

Menyentuh perihal metaverse, sebelum ini juga Yoon pernah menghasilkan lebih 22,000 non-fungible token (NFT) bernilai 50,000 won (RM169.64) seunit.

Nampaknya, jika salah satu di antara mereka memenangi pemilihan presiden musim ini, tidak mustahil industri kripto di Korea Selatan akan lebih rancak sejajar dengan perkembangan NFT, metaverse, dan Web3.

Hal ini tidak dapat disangkal apabila Meta sendiri akui Korea Selatan memiliki persekitaran terbaik untuk metaverse.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat