Susulan Keputusan Mesyuarat BOC, USD/CAD Melonjak Lebih 100 Pips!

292

Menjadi tumpuan pada sesi New York semalam adalah dagangan dolar Kanada yang mencatatkan pergerakan drastik pada carta pasangan matawang utama.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD, harga menunjukkan penurunan pada sesi Eropah setelah kenaikan pada sesi Asia semalam gagal mencapai paras resistance 1.31000.

Awal sesi New York bermula, data inflasi Kanada menjadi tumpuan. Loonie berjaya mengekalkan pengukuhan selepas indeks harga pengguna Kanada pada bulan Disember dicatatkan kekal di paras 2.2% seperti bulan sebelumnya.

Namun pengukuhan Loonie tidak bertahan lama susulan keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat Kanada diumumkan.

Bank of Canada (BOC) mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% namun Gabenor Stephen Poloz memberi isyarat bank pusat terbuka untuk pelaksanaan penurunan kadar jika perlu ekoran ketidaktentuan pada perdagangan global.

Susulan tersebut, dagangan USD/CAD yang turun ke paras terendah harian mencecah 1.30350 pada zon RBS (resistance become support) tersebut telah melonjak lebih 100 pips ke paras ketinggian bulanan terbaru.

Kenaikan harga mencapai paras ketinggian sekitar 1.31500 sebelum menutup dagangan sesi New York sedikit rendah dari paras tersebut.

Menyambung dagangan pada sesi Asia, sesi kenaikan harga dapat dilihat masih ditunjukkan dengan harga meneruskan kenaikan lebih tinggi dari ketinggian sebelumnya mencecah 1.31600.

Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan harga dilihat bakal menuju paras 1.32000 yang merupakan zon SBR tumpuan harga pada dagangan Disember lalu.

Namun jika penurunan harga kembali berlaku, berkemungkinan paras 1.31000 akan diuji yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) yang baru.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat