Susulan Keputusan Mesyuarat BOC, USD/CAD Menjunam 200 Pips!

323

Dolar Kanada pada minggu ini pamerkan pergerakan ‘ganas’ pada carta harga apabila dipengaruhi oleh sentimen pasaran minyak mentah serta mesyuarat polisi bank pusat Kanada.

Jom sama-sama teliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD.

Pada Selasa, harga telah melonjak sekitar 140 pips ekoran pergerakan lemah dolar Kanada yang terkesan oleh penurunan harga minyak mentah.

Namun pada dagangan Rabu semalam, dolar Kanada ketara kukuh selepas keputusan mesyuarat bank pusat Kanada menggegarkan carta USD/CAD dengan terjunan hampir 200 pips!

Bank of Canada (BOC) telah menepati jangkaan untuk mengetatkan polisi dengan pengurangan pembelian bon kerajaan mingguan sebanyak $1 bilion.

Unjuran pertumbuhan ekonomi oleh BOC juga turut ditingkatkan untuk tahun ini sehingga 2023.

Pada carta USD/CAD semalam, harga pada mulanya meningkatn ke paras ketinggian 1.26500 sebelum menjunam sehingga ke zon support 1.24700.

Zon support tersebut kekal menyokong kejatuhan harga sejak minggu lalu lagi dan masih belum berjaya ditembusi.

Selepas harga menjunam ketara selepas mesyuarat BOC, pergerakan harga kembali perlahan sehingga penghujung sesi New York dan bersambung pada dagangan hari ini.

Penurunan di bawah paras 1.24700 dilihat akan menuju semula ke paras 1.24000 yang menyokong penurunan harga pada dagangan Mac lalu.

Namun sekiranya support 1.24700 masih gagal ditembusi dan harga kembali membuat kenaikan semula melepasi 1.25200, kenaikan lebih tinggi dijangkakan semula menuju paras 1.26000 dan zon rintangan 1.26300.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat