Susulan Keputusan Mesyuarat ECB, EUR/USD Melonjak 160 Pips!

928

Menjadi tumpuan utama pasaran pada dagangan Khamis semalam adalah bagi matawang Euro dengan keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah yang telah dijangkakan pasaran.

European Central Bank (ECB) telah mengekalkan kadar faedah di paras sifar untuk mesyuarat Jun 2020 di samping meningkatkan lagi pakej rangsangan tambahan.

Melebihi jangkaan €500 bilion, ECB telah mengumumkan tambahan pakej rangsangan kecemasan bernilai €600 bilion menjadikan jumlah 1.35 trilion rangsangan dalam menyokong ekonomi Eropah berdepan kemelesetan terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

Susulan keputusan tersebut, dagangan pada carta harga pasangan matawang EUR/USD telah melonjak 160 pips ke paras ketinggian terbaru 3 bulan.

Sementara US dolar kekal diniagakan lemah untuk minggu ketiga berturut-turut dengan kebimbangan terarah pula terhadap laporan data pekerjaan NFP pada sesi New York  malam ini.

Harga di carta EUR/USD semalam pada mulanya bergerak perlahan dan menurun ke paras 1.12000 di zon RBS (resistance become support) sejak dagangan sesi Asia berikutan kewaspadaan pelabur menantikan keputusan mesyuarat ECB.

Sejurus keputusan mesyuarat diumumkan, harga melonjak dari zon RBS tersebut sehingga mencapai paras ketinggian 1.13600.

Harga kembali bergerak perlahan pada sesi Asia pagi ini dan pelabur berhati-hati menjelang laporan data NFP yang dijangka memberi impak ketara terhadap dagangan US dolar.

Jika kenaikan harga diteruskan, harga bakal menuju paras resistance pada 1.14000 sebelum menguji paras tertinggi tahunan yang dicapai pada Mac sekitar 1.14900.

Namun jika penurunan harga berlaku, harga yang melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD dilihat akan kembali menuju zon RBS 1.12000 semula.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat