Susulan Mesyuarat ECB, EUR/USD Menjunam 150 Pips Ke Paras Terendah 2 Tahun!

484

Seperti yang dijangkakan oleh penganalisis pasaran, US dolar kembali paparkan pengukuhan semula setelah penyusutan sementaranya susulan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan minggu ini.

Tumpuan terarah kepada keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) semalam dengan kadar faedah dilihat masih lagi dikekalkan tidak berubah.

Namun, penganalisis menilai kenyataan yang disampai oleh ECB agak dovish, yang turut membimbangi kesan konflik Rusia ke atas ekonomi Eropah.

Harga tenaga dan komoditi yang melonjak mempengaruhi kadar permintaan dan turut memperlahankan pengeluaran di kilang-kilang, yang bakal mendorong kenaikan inflasi.

Mata wang Euro mengalami penyusutan ketaran susulan mesyuarat tersebut menyaksikan kejatuhan harga ke paras terendah terbaru 2 tahun berbanding US dolar.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang berlegar pada zon 1.09000 selepas kenaikan yang dipamerkan pada Rabu lalu, telah menjunam semula semalam sekitar 150 pips.

Penurunan harga juga dilihat sedikit melepasi paras sokongan 1.08000 mencecah paras terendah terbaru sekitar 1.07600 sebelum meningkat semula di atas paras 1.08000 pada penghujung sesi New York.

Selepas terjunan ketara harga dan penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, menguatkan lagi petunjuk untuk pergerakan trend bearish.

Sekiranya penurunan diteruskan hari ini, harga dilihat akan menuju ke paras sokongan terbaru pada sekitar 1.07000 yang sebelum ini pernah menyokong harga pada dagangan Mac 2020, untuk harga terus mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun.

Namun jika situasi berubah dan harga mula membuat kenaikan semula, rintangan yang perlu diuji masih pada zon 1.0900 di paras harga berlegar semalam.

Untuk kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan ke paras ketinggian 1.1000 yang menjadi tumpuan harga sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat