Sweet! M&M Dan BAYC Bergabung Cipta NFT Baru!

120

Gergasi syarikat manisan Mars berjaya menandatangani perjanjian bersama label Universal Music Group (UMG) bagi mencipta M&M edisi terhad berdasarkan Kingship, iaitu kumpulan mayanya yang terdiri daripada avatar Bored Ape Yacht Club (BAYC) dan Ape Yacht Club.

Hal ini tercetus apabila pemilik BAYC menggunakan hak pengkomersialan permisifnya untuk menukar imejan Ethereum NFT kepada pakaian, mainan, pembungkusan alkohol atau restoran.

Menurut Naib Presiden Global Mars Wrigley Jane Hwang, syarikat Mars akan menjadikan M&M lebih inovatif berbanding sebelum ini disebabkan jangkaan keinginan pengguna sudah berubah.

Didedahkan juga, pengasas Kingship Jimmy McNelis mencipta “band metaverse” yang dicipta daripada non-fungible token (NFT).

Malah, Kingship turut menghasilkan personaliti ilustrasi Bored Ape serta membangunkan muzik asli mengikut model ditetapkan oleh kumpulan maya popular Gorillaz yang akan mengadakan konsert di dunia metaverse.

Selain itu, pengeluaran “kad kunci” NFP tersendiri oleh band ini telah memberikan faedah eksklusif dan akses awal kepada pemegangnya untuk membeli gula-gula M&M.

Sebagai sebahagian daripada pejanjian itu, Mars mengeluarkan kuantiti terhad gula-gula coklat M&M bejenama termasuklah memaparkan imej ikonografi Bored Apes dan Kingship pada gula-gula tersebut.

Tambahnya pula, Mars hanya akan menjual 10,000 jumlah pakej gula-gula antara kotak hadiah dan balang hadiah.

Walakin begitu, perjanjian M&M bukanlah perkongsian bersama Yuga Labs atau jenama BAYC. Sebaliknya, pemegang NFT Bored ape boleh menggunakan imej miliknya untuk mencipta produk atau projek dan melesenkan karya seninya kepada jenama yang disukai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat