Sweet Revenge, Bekas Orang Penting Meta Kini Eksekutif Apple

123

‘An Apple a day keeps Facebook away.’

Timothy Campos, bekas ketua pegawai teknologi Meta Platform Inc bakal menjawat jawatan yang sama tetapi dengan pesaing syarikat iaitu Apple Inc.

Menerusi post di laman LinkedIn Campos, beliau mengatakan ketersediaan untuk ‘perjalanan baru’ tanpa mendedahkan butiran mengenai perkara tersebut.

Namun, satu sumber yang tidak mahu mendedahkan identitinya mengatakan bahawa Campos bakal menyandang jawatan ketua di jabatan Sistem dan Teknologi Apple (IS&T).

Difahamkan bahawa jawatan tesebut akan bertanggungjawab menguruskan infrastruktur perkhimatan atas talian Apple termasuk perkhidmatan sokongan pelanggan dan laman sesawang utama.

Jabatan tersebut yang diselia oleh Ketua Pegawai Kewangan Apple, Luca Maestri dianggap sebagai ‘pusat nadi’ syarikat dengan ia menguruskan hal ehwal perhubungan pekerja, pembekal dan pelanggan.

Sebagai makluman, Campos dikatakan akan menggantikan Mary Demby yang bakal bersara pada penghujung tahun ini dan naib ketua iaitu David Smoley juga merancang untuk bersara dalam tempoh 3 tahun lagi.

Maka tidak hairan andai Campos benar-benar akan menjawat jawatan tersebut memandangkan Apple sendiri sedang melakukan rombakan selepas kehilangan beberapa eksekutif penting syarikat.

Dalam pada itu, Campos pernah menjadi ketua pegawai teknologi Facebook (kini Meta Platform Inc) dari tahun 2020 sehingga 2016 dan turut memegang jawatan sama di KLA Corp serta Slack Technologies Inc.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat