Sweet Revenge! Pengguna iPhone Kena Bayar $11 Untuk Guna Twitter

362

‘Nampak berdendam betul si Musk ni, ingat dah berbaik-baik.’

Ingatkan isu bermasam muka antara Elon Musk dan Apple Inc sudah selesai tapi update terbaru ini tampak seperti jutawan itu masih menyimpan dendam.

Dilaporkan pengguna berbayar Twitter Blue yang menggunakan aplikasi itu pada peranti iPhone perlu membayar $11 untuk perkhidmatannya, naik dari $7.99 sebelum ini.

Sebaliknya mereka yang menggunakan perkhidmatan aplikasi itu menerusi website pada komputer pula hanya perlu membayar $7 sahaja.

Ini dipercayai susulan daripada polisi Apple yang mengenakan caj yuran 30% terhadap sebarang pembayaran aplikasi menerusi sistem pengendalian iOS, di mana sebelum ini mendatangkan kemarahan Musk.

Malah Musk juga mengatakan bahawa beliau ‘sedia berperang’ dengan Apple daripada membayar caj yuran itu namun pertelingkahan tersebut diselesaikan selepas pertemuannya bersama eksekutif Tim Cook beberapa hari lalu.

Setakat ini masih tidak diketahui lagi sama ada rancangan kenaikan harga itu akan berkuat-kuasa terhadap pengguna iOS sahaja atau Android juga akan terkesan.

Pihak Twitter, Apple atau Google tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut.

Pada sisi berbeza, pejabat Twitter kini dilaporkan bertukar menjadi ‘hotel’ untuk memudahkan pekerjanya tidur di sana selepas beberapa gambar menyiarkan katil ditempatkan dalam bangunan itu tular.

Musk sebelum ini melaporkan bahawa di bawah pengurusan beliau, Twitter akan mengamalkan gaya kerja ‘hardcore’ iaitu kerja dan tidur di pejabat dalam usaha untuk membangunkan semula aplikasi itu ke zaman kegemilangannya.

Selain itu, di bawah kepimpinan Musk juga lencana verifikasi (verified badge) bukan sahaja perlu dibayar untuk memilikinya malah akan terdapat warna berbeza untuk setiap pengguna bagi mengelakkan penyamaran pada platform itu.

Dikatakan setiap individu, syarikat malah badan kerajaan akan menerima warna lencana berbeza dalam mengesahkan akaun mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat